ABD. SAMAD menunjukkan kesan simbahan cecair dipercayai asid pada bumbung kereta Honda City yang diletak di pekarangan rumahnya di KRT Taman Samudera 1, Lumut semalam. |
LUMUT – Seorang lelaki terpaksa menanggung kerugian hampir RM10,000 apabila keretanya disimbah cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali pada satu kejadian di depan rumahnya di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Samudera 1 di sini kelmarin.
Abd. Samad Muhidin, 65, yang juga Pengerusi KRT Taman Samudera 1, meletakkan kereta jenis Honda City di depan rumah sebelum menyedari ia disimbah cecair itu ketika hendak keluar mencuci kenderaannya itu pagi kelmarin.
“Saya mahu keluar rumah sekitar pukul 7 pagi untuk mencuci kereta sebelum terlihat kesan cecair berbuih di atas bumbung dan hadapan cermin kereta. Namun setelah disimbah dengan air, cat kereta terkopak,” katanya ditemui di sini semalam.
Susulan kejadian itu, Abd. Samad berkata, dia bertindak membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung pada hari sama.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...