Ikan sungai atau kolam mudah terdedah kepada kesan perubahan jantina akibat pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa pil hormon, ubat-ubatan dan sisa bahan kimia. |
KUALA LUMPUR – Pembuangan sampah yang mengandungi bahan kimia dan sisa ubatan seperti pil perancang ke dalam sungai atau kolam bukan sahaja membahayakan kesihatan manusia, malah ia boleh menukar jantina ikan jantan kepada betina.
Selain pil perancang, antara ubat-ubatan yang mampu mencemarkan hidupan marin ialah ubat merawat kencing manis seperti metformin dan racun serangga seperti atrazine dan bahan kimia dari najis haiwan.
Pakar Genetik dan Pembiakbakaan Ikan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Yuzine Esa berkata, fenomena ‘transgender’ itu akan memberi kesan negatif jangka panjang termasuk kepupusan spesies ikan jika tidak dikawal.
Katanya, fenomena itu bagaimanapun bukanlah sesuatu yang pelik dalam kalangan hidupan marin kerana selain pencemaran, ia juga boleh berlaku secara semula jadi ke atas hidupan jenis hermafrodit seperti ikan terubuk, salmon dan giru (ikan badut).
“Namun, kes ‘transgender’ ikan akibat terdedah kepada pencemaran sebenarnya telah berlaku sejak beberapa tahun lalu terutama di negara-negara Barat.
“Ia turut berlaku di Malaysia namun tiada kajian lanjut dilakukan. Hakikatnya, segala hidupan dalam air terutamanya ikan memang boleh bertukar jantina daripada jantan kepada betina sekiranya terdedah kepada pencemaran sisa-sisa ubatan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...