INDONESIA meminta kerajaan Malaysia menghapuskan denda RM800 yang dianggap membebankan PATI untuk pulang ke negara masing-masing. |
KUALA LUMPUR – Gesaan Indonesia supaya kerajaan Malaysia menghapuskan kompaun sebanyak RM800 untuk setiap pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap Jabatan Imigresen disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, permintaan republik negara itu ketika Malaysia sedang membersihkan kebanjiran PATI itu seolah-olah cuba menghalang tindakan penguatkuasaan undang-undang di negara ini.
Menurut beliau, adalah tidak adil buat kerajaan dan rakyat negara ini selaku pembayar cukai untuk menanggung kos PATI di pusat tahanan dan kos pengurusan penghantaran pulang.
"Permintaan Indonesia tidak adil sama sekali malah menambahkan lagi beban Malaysia.
"Perbelanjaan mengusir PATI menelan belanja besar dan wang tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk perkara-perkara lain yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! semalam.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...