TENTERA Pembebasan Rakyat (PLA) berdiri di atas kapal ketika berlepas dari Zhanjiang, wilayah Guangdong, China kelmarin. |
BEIJING - China dilaporkan telah menghantar pasukan tentera ke pangkalan tentera luar negaranya yang pertama di Djibouti.
Lapor Channel News Asia, China memulakan pembinaan pangkalan logistik di Djibouti pada tahun lalu, menempatkan kapal tentera laut yang menyertai misi pengaman dan kemanusiaan di luar pesisir pantai Yemen dan Somalia, khususnya.
Ia akan menjadi pangkalan tentera laut asing pertama China, walaupun Beijing secara rasmi menggambarkannya sebagai fasiliti logistik.
Agensi berita Xinhua dalam satu laporan ringkas lewat semalam berkata, kapal-kapal tentera telah berlepas dari Zhanjiang di selatan China untuk menubuhkan pangkalan sokongan di Djibouti.
Walau bagaimanapun, laporan berkenaan tidak memberitahu tarikh sebenar pangkalan tersebut akan beroperasi secara rasmi.
Tambah Xinhua, penubuhan pangkalan itu adalah keputusan yang dibuat oleh kedua-dua negara selepas rundingan persahabatan dan sesuai dengan kepentingan bersama rakyat dari kedua-dua pihak.
“Asas ini akan memastikan prestasi misi China, seperti mengiringi, menjaga keamanan dan bantuan kemanusiaan di Afrika dan Asia Barat.
“Pangkalan ini juga akan memberi manfaat kepada tugas-tugas luar negara termasuk kerjasama ketenteraan, latihan bersama, pemindahan dan perlindungan di luar negara serta penyelamatan kecemasan, serta bersama-sama mengekalkan keselamatan perairan antarabangsa,” lapor Xinhua yang memetik ucapan dari Komander Tentera Laut China, Shen Jinlong.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...