Khazali memakaikan lencana pada baju seragam salah seorang anggota Cobra pada majlis pelancaran pasukan itu di Lapang Sasar Lembah Bidong, Setiu semalam. |
SETIU – Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra) akan ditugaskan untuk mengikuti setiap operasi berprofil dan berisiko tinggi bagi melindungi pegawai daripada ancaman dan ugutan pihak tertentu.
Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, pasukan taktikal tersebut ditubuhkan berikutan terdapat beberapa ancaman dan gangguan yang sering menimpa anggota penguat kuasa sehingga melibatkan kehilangan nyawa sejak akhir-akhir ini.
“Setakat tahun ini sahaja, pegawai dan anggota JKDM termasuk saya sendiri telah menerima sekurang-kurangnya 15 ancaman. Paling serius apabila seorang pegawai kastam cawangan Rantau Panjang maut akibat dirempuh kenderaan milik tonto di Kampung Banggol, Kota Bharu, Kelantan pada awal Oktober lalu.
“Cobra akan ditugaskan untuk mengikuti setiap operasi berprofil dan berisiko tinggi bagi melindungi pegawai JKDM terlibat selepas ini,” katanya pada majlis pelancaran Cobra di Lapang Sasar Lembah Bidong di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...