Di Mahkamah Rendah Syariah Klang inilah pelajar sebuah universiti awam dituduh berkhalwat dengan bekas guru wanitanya semalam. |
KLANG – Seorang pelajar yang baru mendaftar pengajian di sebuah universiti awam dikenakan bon berkelakuan baik bersama menghafaz surah al-Kahfi ayat 1 hingga 10 selama setahun selepas dia mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini atas tuduhan berkhalwat dengan bekas guru wanitanya di tempat kerjanya dekat sini, April lalu.
Tertuduh berusia 20 tahun yang hadir ke mahkamah ditemani ibunya turut diarah menyertakan salinan transkrip keputusan selama dua semester sepanjang pengajiannya di universiti tersebut.
Hakim Syarie Mohd. Nurulazhar Mohd. Tohar membuat keputusan itu selepas mempertimbangkan rayuan tertuduh yang baru mendaftarkan diri di sebuah universiti di Terengganu pada 4 September lalu.
“Setelah setahun iaitu pada 13 September 2018 nanti, kamu datang ke sini bawa salinan laporan keputusan peperiksaan untuk memastikan kamu benar-benar belajar serta membaca surah al-Kahfi di depan saya. Surah itu diberikan bagi menyedarkan diri kamu selain hikmahnya bagi mengelakkan gangguan dajal,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...