Balakrishnan (kanan) diiringi anggota SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi mendapatkan perintah tahanan reman semalam. |
PUTRAJAYA – Bekas Naib Presiden MIC, Tan Sri S. Balakrishnan merayu kepada Mahkamah Majistret di sini semalam supaya tidak dikenakan tahanan reman bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bernilai RM13 juta bagi kerja-kerja pemulihan Sungai Melaka yang dilaksanakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kerana menghidap sakit jantung.
Rayuan sama turut dibuat oleh seorang jurutera dan bekas pengarah JPS yang mendakwa mereka turut menghidap penyakit jantung dan darah tinggi di hadapan Majistret A. Akhiruddin@Boy Acho.
Bagaimanapun, A. Akhiruddin menolak rayuan tersebut dan memutuskan enam individu yang dibawa oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terbabit direman enam hari bermula semalam hingga 11 April ini.
Mereka tiba di mahkamah pada pukul 9.30 pagi dengan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga serta tangan bergari.
Balakrishnan, 60, pernah memegang jawatan Naib Presiden MIC pada 2013 hingga 2015 ditahan di rumahnya di Johor kelmarin.
Empat lagi yang ditahan bagi membantu siasatan kes sama ialah tiga jurutera JPS dan seorang bekas pengarah bahagian projek khas jabatan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...