PADANG BESAR – Trend rakyat Malaysia terutama wanita bujang untuk memiliki haiwan eksotik sebagai peliharaan mendorong penyeludupan masuk pelbagai spesies haiwan dari Thailand untuk dijual kepada peminat-peminatnya di negara ini.
Semalam, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas sebanyak 248 ekor haiwan eksotik pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM70,000 diseludup dengan menaiki Kereta Api Ekspres Bangkok-Padang Besar untuk masuk ke negara ini.
Pengarahnya, Kamaruddin Jaafar berkata, di dalam beg yang dirampas itu mengandungi 181 ekor ular, tupai glider (enam), kura-kura (10), biawak dhab (28), iguana (dua), tupai (10) dan arnab (11).
Beliau berkata lagi, haiwan-haiwan itu dipercayai untuk dijual di dalam pasaran tempatan kerana ia kini mendapat permintaan tinggi sebagai binatang peliharaan masyarakat masa kini terutamanya di kalangan wanita bujang negara ini.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...