MCCABE dan rakannya bergambar dengan ikan pelik yang ditemui di Sungai Fraser baru-baru ini. |
BRITISH COLUMBIA, Kanada – Seorang remaja di sini terkejut besar selepas menemui seekor ikan aneh sepanjang tiga meter yang memiliki hidung seperti khinzir baru-baru ini.
Nick McCabe, 19, berjaya menangkap ikan seberat 294 kilogram (kg) itu ketika memancing di Sungai Fraser dalam wilayah British Columbia.
“Saya mengambil masa selama dua jam untuk menarik ikan itu naik ke darat. Namun, saya terkejut apabila melihat hidungnya seperti khinzir,” katanya.
Difahamkan tiada sesiapa yang mengetahui asal-usul ikan itu, namun ia dipercayai berusia lebih 80 tahun ekoran saiznya yang terlalu besar dan panjang.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...