MANGSA mendakwa dia diarahkan berlutut sebelum dirotan jika menolak permintaan isterinya yang mahu melakukan hubungan seks di rumah mereka di Klang. |
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mendakwa terpaksa menanggung derita hampir dua tahun selepas diperlakukan seperti hamba seks oleh isteri sendiri yang tergamak merotannya apabila dia menolak melakukan hubungan intim yang adakalanya sehingga 10 kali sehari.
Mangsa berusia 32 tahun itu yang merupakan seorang pekerja kilang akhirnya tampil mendapatkan bantuan sebuah pertubuhan keselamatan komuniti dua minggu lalu selepas tidak sanggup lagi diseksa oleh isterinya yang merupakan suri rumah.
Pasangan tersebut yang sudah berkahwin kira-kira lapan tahun lalu kini tinggal di Klang, Selangor.
Pengasas dan Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia (PKKM), Kuan Chee Heng berkata, lelaki itu berjumpa dengannya dua minggu lalu bagi meminta bantuan selepas tidak sanggup lagi menderita emosi dan fizikal selepas isterinya tiba-tiba berubah seperti orang gilakan seks sejak dua tahun lalu.
“Mangsa mendakwa dia akan diarahkan berlutut sebelum dirotan selepas menolak permintaan isterinya berusia 31 tahun untuk melakukan hubungan seks yang adakalanya sehingga 10 kali sehari.
“Pemeriksaan pada badan mangsa mendapati terdapat kesan pukulan lama dan baharu pada punggung serta lain-lain anggota badannya,” ceritanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...