KERAJAAN diminta mengawal harga rumah yang terlalu tinggi sebelum membenarkan pemaju memberi pinjaman kepada pembeli. |
KUANTAN – Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) menyuarakan kebimbangan berhubung cadangan kerajaan agar pemaju perumahan diberikan lesen pinjaman pembiayaan hartanah.
Presidennya, Salkukhairi Abd. Sukor menyifatkan langkah berkenaan akan mengakibatkan kadar hutang isi rumah meningkat selain membantutkan usaha kerajaan untuk mengawal harga rumah.
Jelasnya, langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah pinjaman perumahan adalah mewujudkan skim tabungan perumahan untuk golongan belia.
“Dilaporkan sebanyak 18,457 kes bankrap direkodkan pada tahun 2015.
“Justeru, jika pemaju perumahan dibenarkan memberi pinjaman, tidak mustahil kadar kebankrapan akan terus meningkat kerana kadar faedah yang dikenakan adalah amat tinggi dan harga rumah juga semakin melambung naik,” katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...