BEIJING – Lebih 40 pesawat tentera China merentasi sebuah selat dekat Jepun, kata Kementerian Pertahanan China semalam selepas Tokyo mengumumkan ia mungkin mengadakan rondaan bersama dengan Amerika Syarikat (AS) di kawasan tuntutan bertindih di Laut China Selatan.
Tentera Udara China menghantar 40 pesawat melintasi Selat Miyako yang terletak di antara Pulau Miyako dan Pulau Okinawa kelmarin untuk melakukan latihan tentera di perairan Pasifik Barat, kata kementerian itu di laman webnya.
Pesawat yang terdiri daripada jet pejuang Sukhoi Su-30, jet pengebom dan kapal terbang pengisi bahan api membuat penerbangan itu tanpa menceroboh ruang udara Jepun.
Latihan tersebut bertujuan menguji keupayaan pesawat tempur jarak jauh di laut, kata kenyataan sama.
Langkah itu diambil selepas Menteri Pertahanan Jepun, Tomomi Inada mengumumkan pada awal bulan ini bahawa Tokyo akan meningkatkan pembabitannya di Laut China Selatan menerusi rondaan bersama dengan Tentera Laut AS.
Jepun dan AS, katanya, akan berlatih dengan tentera laut serantau bagi meningkatkan keupayaan pertahanan masing-masing.
Beijing menuntut hampir kesemua Laut China Selatan dan mengetepikan tuntutan bertindih oleh negara Asia Tenggara lain. – AFP
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...