CHI SING (dua dari kiri) dan Soon Teck direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan dipercayai membabitkan pajakan tanah di Mahkamah Majistret Melaka semalam. |
MELAKA – Dua ahli perniagaan termasuk seorang pemimpin kanan DAP Melaka ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes penipuan pajakan tanah di Kelantan dengan anggaran kerugian bernilai RM976,300.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Melaka, Analia Kamaruddin terhadap Wong Chi Sing, 54, dan Chua Soon Teck, 29, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kedua-dua mereka yang memakai baju lokap polis berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah sekitar pukul 8.30 pagi.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...