Asri (tiga dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian senapang patah yang hilang dan ditemui semula pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di Alor Setar semalam. |
ALOR SETAR – Seorang pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang juga suspek utama kes kehilangan 26 laras senapang patah milik Rela di Selama, Perak disyaki menjual senjata api yang dicurinya pada harga RM1,000 hingga RM3,000 selaras.
Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff berkata, hasil soal siasat ke atas suspek yang kini bertugas di Rela Pengkalan Hulu, dia mengaku menjual semua senapang tersebut kepada kenalannya termasuk anggota Rela yang tinggal di sekitar Perak.
“Pegawai Rela itu disyaki melakukan kegiatan tersebut semasa bertugas di Rela Selama sebelum ditukarkan ke Pengkalan Hulu pada tahun 2015,” kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...