KUCHING – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan terdapat segelintir pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sanggup memberikan habuan kepada pensyarah bagi mendapatkan markah tinggi dalam peperiksaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd. Jamil bagaimanapun berkata, jumlah pelajar yang terlibat dalam kegiatan itu adalah kecil.
Menurutnya, SPRM pernah menyiasat kes sedemikian yang melibatkan pelajar dan pendakwaan telah dilakukan di mahkamah.
“Statistik menunjukkan sebanyak 55 peratus daripada 1,902 belia ditangkap terlibat dengan rasuah terdiri daripada mereka berusia 40 tahun ke bawah dan jumlah itu agak tinggi sejak tiga tahun lalu.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...