Dr Zaharuddin Abdul Rahman |
SHAH ALAM - Masyarakat disaran memberi lebih autoriti dan kepercayaan kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dalam menentukan urusan prosedur operasi standard (SOP) yang terbaik bagi penganugerahan logo halal.
Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, campur tangan khususnya kritikan tidak membina pelbagai pihak boleh menimbulkan kekeliruan sekaligus menyebabkan jabatan itu diperlekehkan.
“Biar Jakim buat kerja mereka mengikut garis panduan terbaik yang telah ditetapkan,” katanya.
Menurutnya, sesebuah syarikat mempunyai pilihan sama ada untuk membuat permohonan mendapatkan sijil halal daripada jabatan itu.
“Jelas ia tidak wajib, namun, tentunya kita sarankan mereka berbuat demikian bagi meningkatkan keyakinan pengguna Muslim,” katanya.
Menyentuh mengenai isu penggunaan nama ‘dog’ pada makanan, beliau berkata, isu tersebut adalah yang terpencil.
“Sebagai contoh 'pretzel dog' yang dijual oleh sebuah francais yang viral baru-baru ini, jika pihak mereka memohon sijil halal dari Jakim, maka ia perlu difahami dan mengikuti garis panduan pihak pengeluar logo. Jadi keperluan menukar nama jelas hanyalah isu administrasi,” katanya.
Beliau berkata, isu kecil tersebut telah diperbesarkan sehingga mencarik kredibiliti status halal Jakim.
“Ia ‘disambut’ pula oleh media antarabangsa seolah-olah memperlekehkan jabatan itu,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...