Kapten Izham Ismail |
KUALA LUMPUR – Lembaga Pengarah Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) dan Malaysia Airlines Bhd. (MAS) mengumumkan Kapten Izham Ismail dilantik sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan syarikat itu.
MAS dalam satu kenyataan berkata, Izham, 56, akan menyandang jawatan tersebut berkuat kuasa pada 1 Disember 2017 bagi menggantikan Peter Bellew yang menyertai semula syarikat Ryanair Holdings Plc. dan kini dalam cuti pentadbiran.
Menurut MAS, keputusan melantik Izham itu adalah selaras dengan pelan penggantian yang diputuskan syarikat sebagai sebahagian daripada 12 perkara dalam Pelan Pemulihan Malaysian Airlines (MRP).
Izham, yang mendapat latihan penerbangan di Philippines Airlines Aviation School memiliki 38 tahun pengalaman sebagai juruterbang MAS termasuk mengendalikan pesawat Boeing 747 dan Airbus 330.
“Bagi memastikan pertukaran berjalan lancar, Jawatankuasa Eksekutif Lembaga yang diketuai oleh Pengerusinya, Tan Sri Md. Nor Yusof akan dikekalkan bagi tempoh enam bulan.
“Izham akan mengambil alih tugas sebagai CEO pada 1 Disember 2017 selepas pemergian Peter Bellew yang masih dalam tempoh bercuti,” katanya dalam kenyataan itu yang dikeluarkan di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...