PERANCANGAN ekonomi kerajaan telah membolehkan GST Malaysia dilaksanakan hanya pada kadar enam peratus. |
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan yang menyatakan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperlukan bagi membayar untuk 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).
Perdana Menteri menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan besar menerusi kenyataannya bertajuk Visi Ekonomi Saya Untuk Malaysia yang dikeluarkan semalam.
Najib berkata, 1MDB sebenarnya memainkan peranan penting dalam menyelesaikan perjanjian kuasa berat sebelah yang telah ditandatangani oleh seorang bekas pemimpin.
“Apabila 1MDB memasuki industri itu, ia adalah pembida terendah dalam semua perjanjiannya dengan itu menjimatkan Malaysia sebanyak RM200 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang. Malah, satu laporan firma penyelidikan mengenai perjanjian kuasa yang disemak semula ini diberi tajuk Tiada Lagi Perjanjian Pilih Kasih,” kata beliau.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...