ALOR SETAR - Penjara Alor Setar dikejutkan dengan insiden tembakan oleh seorang lelaki yang tidak dikenali kira-kira jam 11.02 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, tembakan itu telah mengenai Balai Pengawal dan Menara Kawalan yang sedang dikawal oleh warden-warden penjara.
"Siasatan awal mendedahkan sejurus sebelum kejadian, warden penjara yang bertugas di Balai Pengawal Penjara Alor Setar ternampak seorang lelaki yang membonceng sebuah motosikal turun dari motosikal dan terus melepaskan beberapa dan tembakan ke arah Penjara Alor Setar.
"Tiada kecederaan di mana-mana pihak berlaku. Di tempat kejadian pihak polis telah menemui beberapa kelonsong peluru," katanya.
Menurutnya, motif kejadian sedang disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. -SH
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...