Seorang pengunjung, Amirul Shah Umor yang sedang bercuti hairan melihat kolam tadahan air Bukit Merah kering akibat fenomena El Nino di Bukit Merah, Taiping, Perak semalam. |
TUARAN – Rakyat Malaysia terpaksa hidup sengsara dalam bahang kepanasan untuk tempoh lima bulan lagi apabila negara dijangka terus mengalami kemarau yang dibawa angin Monsun Barat Daya mulai bulan Mei hingga September ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, selepas empat bulan Malaysia negara dilanda panas melampau, musim kering yang dibawa Monsun Barat Daya bakal menyebabkan negara mengalami masalah bekalan air yang semakin meruncing.
Antara penduduk yang dijangka terjejas akibat penurunan ketara empangan di negeri masing-masing ialah Perlis, Kedah, Perak dan Johor.
“Masyarakat harus faham bahawa cuaca panas yang dialami kini adalah disebabkan fenomena El Nino yang bermula pada akhir tahun lalu.
“Kemuncak bagi El Nino ini pada bulan Februari lalu dan sekarang ini ia menjadi sederhana sebelum El Nino beransur lemah dan menjadi neutral pada bulan Jun. -Kosmo
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...