Sunday, 17 April 2016

Menteri Belgium dakwa Muslim 'bergembira' selepas serangan

Seorang pemuda bertopeng membuat ejekan provokasi terhadap
 polis Belgium di Daerah Brussels di Molenbeek, Belgium.
BRUSSELS: Menteri Dalam Negeri Belgium, Jan Jambon, mencetuskan kontroversi pada Sabtu apabila mendakwa ada sebahagian penduduk Islam negara itu meraikan serangan, sekali gus menyalahkan dasar kerajaan kerana gagal menyatukan pendatang dengan masyarakat tempatan. 

Beliau, bagaimanapun, tidak merujuk dengan jelas adakah serangan yang dimaksudkannya merujuk kepada kejadian di lapangan terbang dan sistem kereta api bawah tanah di Brussels bulan lalu yang mengorbankan 32 orang."

Ada sebahagian komuniti Islam 'menari' apabila serangan berlaku," katanya dalam temubual dengan akhbar De Standaard. 

Beliau juga menuduh penduduk Islam di penempatan Molenbeek di Brussels, menyerang polis ketika operasi bulan lalu untuk menangkap suspek berkaitan serangan maut di Paris November lalu. 

"Mereka membaling botol ke arah polis dan media ketika penangkapan Salah Abdelslam. Ini masalah sebenar."Kita boleh menangkap pengganas, mengeluarkan mereka daripada masyarakat tetapi tindakan berkenaan hanyalah di permukaan. 

Di bawahnya ada barah yang lebih sukar dirawat. Kita boleh melakukannya tetapi bukan dalam masa singkat," kata Jambon. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...