Petikan status facebook Datuk Seri Najib Razak. |
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan beberapa kawasan di negara ini terutama di selatan Semenanjung mengalami penurunan suhu dengan Kuala Pilah di Negeri Sembilan merekodkan suhu paling rendah pada 21 darjah Celsius sejak tengah malam hingga awal pagi semalam.
Ketua Pengarahnya, Alui Bahari berkata, keadaan itu adalah fenomena biasa ketika musim Monsun Timur Laut.
Menurutnya, cuaca mendung, hujan berterusan dan pergerakan tiupan angin sejuk Monsun Timur Laut merupakan antara faktor cuaca sejuk yang melanda beberapa negeri di Semenanjung sejak kelmarin.
“Cuaca sejuk ini berlaku terutamanya di kawasan pedalaman dan daratan.
“Stesen meteorologi dari selatan Semenanjung hingga ke Johor mencatatkan suhu minimum 21 darjah Celsius dan maksimum 25 darjah Celsius berbanding suhu biasa bermula 30 darjah Celsius,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
No comments:
Post a Comment
Baca Bismillah dulu, kemudian baru komen...