Showing posts with label History. Show all posts
Showing posts with label History. Show all posts

Wednesday, 24 January 2018

Kebangkitan semula tentera Jepun di Asia

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, berdiri tengah, meninjau perbarisan Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF).


JEPUN mempunyai bala tentera yang digeruni, lengkap dengan persenjataan serba canggih berbanding negara-negara lain di Asia lain semasa Tokyo terlibat dalam Perang Dunia Kedua beberapa dekad lalu.

Malah, siapa sangka, tentera Nippon juga memiliki dua buah kapal perang paling besar di dunia iaitu Yamato dan Mushashi. 

Kapal seberat 72,000 tan dan panjang lebih 260 meter itu menjadi simbol kekuatan  armada Jepun di laut.

Malah, Jepun ketika itu setanding dengan Amerika Syarikat (AS)  apabila mempunyai bukan satu atau dua tetapi 10 buah kapal pengangkut pesawat. Kapal induknya, Shinano adalah antara yang paling besar ketika itu. 

Umum juga  tahu bahawa letupan dua bom atom di Hiroshima dan Nagasaki menjadi titik noktah cita-cita imperialisme Tokyo.

Selepas negara itu diduduki tentera AS dalam tahun 1945 hingga 1952, Jepun mendapatkan semula kemerdekaannya. Namun, tenteranya  yang kuat suatu masa dahulu hanya tinggal sejarah.

Di bawah perlembagaan pasca perang yang digubal, Jepun dilarang daripada melancarkan perang, manakala pada tahun 1954, tentera Jepun berwajah baharu dinamakan Pasukan Pertahanan Diri Jepun (JSDF) ditubuhkan. 

Jika dilihat pada namanya, tentera baharu itu hanya sekadar memenuhi syarat sebuah negara yang merdeka dan dipenuhi dengan kekangan. Rakyat Jepun amnya, sudah jelik dengan perang dan kuasa tentera Asia yang dahulunya gah ibarat harimau yang hilang taring. 

Sejak penubuhannya, JSDF bukan sahaja pasukan tentera yang tidak digeruni, malah tidak pernah menyertai sebarang pertempuran.

Dari aspek perlembagaan, tiada halangan untuk Jepun muncul semula sebagai kuasa tentera utama seperti beberapa dekad lalu, namun rakyat dan pemimpinnya memberi tumpuan untuk memacu negara itu untuk muncul sebagai sebuah kuasa ekonomi dunia.

Namun, perkembangan di Asia termasuk tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik sehingga menceroboh sempadan wilayah Jepun dan keberanian China dalam isu tuntutan bertindih membuka mata Tokyo bahawa ia tidak selamanya boleh bergantung kepada pakatan pertahanan dengan AS.

Jepun sebenarnya mempunyai teknologi dan kepakaran jika ia mahu mempersenjatai semula angkatan tenteranya. Negara itu mempunyai lebih 300,000 askar termasuk pasukan  simpanan, hampir 3,000 kereta kebal dan perisai, lebih 200 artileri, kira-kira 100 peluru berpandu, hampir 1,700 pesawat tentera, 129 kapal dan 17 kapal selam. 

Jepun juga mempunyai dua buah kapal induk, Izumo dan Kaga yang berselindung di sebalik nama kapal pengangkut helikopter. Tokyo merancang mengubah suai kedua-dua kapal itu untuk fungsi sebenarnya, sebagai pangkalan bergerak untuk pesawat tempur. 

Dari aspek peluru berpandu pula termasuk peluru berpandu balistik antara benua (ICBM), Jepun tidak memilikinya, namun, harus diingat, Tokyo mampu  melancarkan roket dan satelit sendiri ke angkasa lepas. 

Ia bermakna Tokyo hanya memerlukan masa beberapa bulan sahaja untuk mengubah suai teknologi itu untuk menghasilkan ICBM sendiri.

Perkembangan semasa di Semenanjung Korea dan Laut Timur mendorong kebangkitan semula angkatan tentera Jepun. Dasar pasif yang sinonim dengan JSDF juga akan dirombak menjelang tahun 2020.

Perkembangan itu bakal menyaksikan sebuah kuasa tentera baharu akan muncul di rantau Asia selain China, India, Pakistan dan Korea Utara. 

Kebangkitan semula itu sedikit sebanyak akan mengubah status quo di rantau itu, sama ada ke arah kestabilan ataupun sebaliknya.  

Kredit: Wan Azhar Wan Abdullah

Friday, 13 October 2017

Tulisan Allah pada pakaian pahlawan Viking

SATU daripada elemen pakaian pengebumian pahlawan Viking yang ditenun dengan benang emas dan perak.

STOCKHOLM - Para pengkaji di Sweden menemukan corak tulisan Arab yang ditenun pada pakaian-pakaian pengebumian pahlawan Viking, sekali gus mencetuskan persoalan berhubung pengaruh agama Islam di Scandinavia.

Kajian yang dilakukan terhadap pakaian-pakaian yang ditemukan daripada kubur berusia dari abad kesembilan dan ke-10 itu secara tidak langsung memberi gambaran mengenai hubu­ngan pahlawan Viking dengan dunia Islam.

Tulisan Arab yang ditenun dengan benang emas dan perak pada pakaian tersebut dieja sebagai Allah dan Ali.

Penemuan itu didedahkan selepas ahli arkeologi tekstil, Annika Larsson dari Universiti Uppsala meneliti semula kesemua sisa pakaian pengebumian yang ditemukan pada bot lelaki serta wanita Viking dan sebuah makam yang digali di Birka dan Gamla Uppsa pada akhir abad ke-19 dan 20.

Lapor BBC, Larsson mula meminati untuk mengkaji pakai­an tersebut selepas beliau menyedari bahan yang digunakan untuk membuat pakaian tersebut berasal dari tengah Asia, Parsi dan China.

Larsson menyatakan bahawa beliau tidak pernah melihat corak geometri kecil yang ditemukan pada pakaian tersebut dalam mana-mana penemuan di Scandinavia sebelum menyedari corak itu adalah tulisan purba.

CINCIN berlafaz ALLAH yang ditemukan dalam kubur pahlawan Viking.

“Corak tulisan pertama yang saya kenal pasti dengan bantuan rakan dari Iran adalah Ali dan satu lagi pada mulanya agak sukar untuk dilihat namun setelah diteliti dari pelbagai sudut, tulisan yang tertera adalah Allah,” katanya.

Larsson setakat ini sudah mene­mukan sekurang-kurang­nya 10 corak tulisan Arab pada 100 pakaian pengebumian dan setiap satunya saling berpasa­ngan iaitu Allah dan Ali.

Penemuan baharu itu juga mencetuskan persoalan mengenai agama dengan Larsson memaklumkan kemungkinan jasad-jasad di dalam semua kubur yang ditemukan adalah beragama Islam tidak boleh disangkal.

Hal demikian kerana keputusan asid deoksiribonukleik (DNA) menunjukkan beberapa pahlawan Viking yang dikebumikan kebanyakannya berasal dari Parsi.

“Bagaimanapun, penemuan ini cenderung menunjukkan adat pengebumian Viking dipengaruhi idea Islam seperti hidup kekal abadi di dalam syur­ga selepas mati,” jelasnya.

Pasukannya kini menjalin kerjasama dengan­ Jabatan Imunologi, Genetik dan Patologi Universiti Uppsala untuk merungkai asal usul jasad-jasad yang dipakaikan dengan pakaian pengebumian Viking.

Monday, 25 September 2017

Rahsia pembinaan The Great Pyramid of Giza dibongkar

SEKUMPULAN ahli arkeologi akhirnya berjaya membongkar rahsia bagaimana The Great Pyramid of Giza dibina di Mesir.

KAHERAH – Selepas berabad-abad lamanya dianggap se­bagai misteri, sekumpulan ahli ar­­­­­­keologi akhirnya berjaya membongkar rahsia bagaimana The Great Pyramid of Giza dibina di Mesir.

Mail Online melaporkan, an­ta­ra rahsia tersebut termasuk bagaimana penduduk Mesir pada ketika itu mengangkut bongkah batu seberat dua setengah tan dengan menempuh perjalanan sejauh lebih 800 kilometer (km).

Difahamkan, bongkah ter­diri daripada batu kapur dan granit itu digunakan untuk membina makam buat Firaun Khufu sekitar tahun 2,600 sebelum Masehi.

Pada ketinggian melebihi 146 meter, makam tersebut dianggap sebagai piramid terbesar pernah dibina pada Zaman Pertengahan dan struktur binaan buatan manusia terbesar di muka bumi ketika itu.

Berdasarkan kajian kumpu­lan ahli arkeologi terbabit, ri­buan pekerja mahir dikerah untuk mengangkut kira-kira 170,000 tan bongkah batu di sepanjang Sungai Nil menggunakan bot kayu yang diikat dengan beberapa utas tali.

Satu terusan khas turut dibina bagi memudahkan bongkah batu itu diangkut terus ke kawasan pem­binaan piramid.

Selain itu, kumpulan ahli arkeo­logi tersebut juga menjumpai satu skrol daripada kertas papirus purba di jeti Wadi Al-Jarf yang menjelaskan peranan bot berkenaan dalam proses pembinaan piramid.


SKROL daripada kertas papirus purba yang menjelaskan mengenai peranan bot kayu dalam mengangkut bongkah batu untuk pembinaan piramid ditemukan di jeti Wadi Al-Jarf di Mesir.

Ditulis oleh Merer yang bertanggungjawab menyelia pasukan pembinaan yang terdiri daripada 40 pekerja elit, tulisan tersebut bukan sahaja menceritakan pembinaan The Great Pyramid, malah turut memperincikan bagaimana bongkah batu itu diangkut dari Tura ke Giza.

Dalam diarinya, Merer menjelaskan bagaimana pekerja itu terlibat dalam mentransformasikan landskap, membina tembok yang sangat besar bagi melencongkan air dari Sungai Nil sebelum menya­lurkan air itu ke arah piramid melalui terusan buatan manusia.

Penemuan baharu itu turut didedahkan menerusi rancangan dokumentari bertajuk Egypt’s Great Py­ramid: The New Evidence di Channel 4.

Wednesday, 26 October 2016

Kapal karam zaman Uthmaniyyah ditemui di dasar Laut Hitam

AHLI arkeologi menemui 40 kapal yang dipercayai karam semasa kerajaan Uthmaniyyah dan Byzantine.
LONDON – Sekumpulan pengkaji menemui bangkai 40 kapal karam yang dipercayai tenggelam semasa pemerintahan empayar Uthmaniyyah dan Byzantine ketika membuat kajian pemetaan Laut Hitam baru-baru ini.

Projek Arkeologi Maritim Laut Hitam itu disertai oleh pasukan antarabangsa diketuai oleh Pusat Arkeologi dari Universiti Southampton, London.

Ekspedisi tersebut berada sehingga 1,800 meter di bawah Laut Hitam menggunakan sebuah kapal selam kawalan jauh dilengkapi dengan peralatan laut dalam paling canggih di dunia.



“Dengan menggunakan teknik rakaman tiga dimensi untuk struktur laut dalam, kami mampu mengambil imej-imej artifak tanpa mengganggu lantai laut,” ujar Ketua Projek, Prof. Jon Adams.

Menerusi penemuan tersebut, pengkaji berharap dapat mendalami aktiviti-aktiviti di perairan di Laut Hitam yang menjadi tumpuan empayar besar lain pada zaman dahulu termasuk Greece dan Rom.


Menurut sejarah, kerajaan Uthmaniyyah yang menakluk Constantinople (Istanbul) menutup Laut Hitam kepada kapal dagang pada tahun 1453dan dibuka semula 400 tahun kemudian iaitu pada tahun 1856. – Agensi

Thursday, 25 August 2016

Pak Din tempur komunis seorang diri


USIA Muhammad Nordin Tuah yang kini mencecah 76 tahun digolongkan sebagai warga emas. Kadang-kadang, individu yang menjangkau usia itu tidak mampu lagi mengingati banyak peristiwa lama.

Namun, detik-detik cemas berdepan pengganas komunis sering menerjah ingatan Muhammad Nordin. Peristiwa itu terpahat kukuh dalam mindanya setiap kali menyambut hari kemerdekaan negara.

“Peluru datang bersimpang siur. Apa yang saya ingat, lima melekat di tubuh dan berbelas-belas lagi mencalar serta mengoyakkan kulit badan saya. Masa itu, saya hanya fikir Allah, matilah aku lepas ini,” kata bekas Sarjan Batalion ke-14 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) itu.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10 pagi hari Jumaat, 8 Mac 1979 itu menjadi kenangan sepanjang hidupnya. Ini kerana, satu daripada peluru tembakan itu masih kekal terbenam pada paha kirinya.

Dia yang mesra dipanggil Pak Din lebih rela membiarkan peluru itu daripada menjalani pembedahan yang berisiko untuk lumpuh.

Menceritakan kembali detik berdepan serangan komunis itu, Pak Din yang ketika itu berusia 39 tahun ditugaskan berkonvoi tiga buah kenderaan dari Pekan Kroh (kini Pengkalan Hulu, Perak) menuju ke sebuah markas tentera berhampiran sempadan Malaysia-Thailand antara Air Panas dengan Betong untuk menghantar bekalan makanan.

Jarak Pekan Kroh dengan lokasi kejadian dianggarkan lima kilometer.

Getir

Malangnya, di satu selekoh berhampiran satu kawasan tanaman getah di Batu 135 Jalan Kroh-Betong, kenderaan yang dinaiki Pak Din bersama empat lagi anggota telah diserang hendap oleh pengganas komunis dari arah sisi kenderaan.

Sewaktu itu, konvoi tiga kenderaan tersebut terpaksa melalui jalan sempit yang kanan dan kirinya adalah berlereng tinggi. Hanya kereta perisai yang dinaiki Pak Din telah memasuki kawasan pengganas manakala dua buah kenderaan lagi terselamat kerana berada kira-kira 100 meter ke belakang.

Bagaimanapun, sudah terlewat untuk memberi amaran kepada mereka yang lain.

“Saya lihat dua rakan saya di belakang terbujur kaku terkena tembakan di kepala dan badan manakala pemandu parah terkena tembakan pada perut serta paha. Seorang lagi cedera teruk. Kemudiannya, saya terdengar sayup mereka (pengganas) bersorak kemenangan,” katanya.

Walaupun rasa geram, dia menunggu sehingga pihak musuh kehabisan peluru sebelum bertindak melompat keluar dari kenderaan itu bagi menuntut bela.

“Bila senjata automatik musuh berhenti (mungkin kerana kehabisan peluru), saya terus melompat keluar dan berlindung di sebalik kereta untuk berbalas tembakan menggunakan senjata Colt M16. Masa itu, rakan saya yang cedera parah berlari ke arah saya untuk membantu tetapi saya arahkan dia meniarap dan cari perlindungan,” katanya.

Pak Din berkata, 15 minit waktu getir itu bagaikan suatu masa yang dirasakan terlalu lama.

“Tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan pengganas komunis mahu berhenti menembak ke arah kenderaan kami. Apabila saya mula melepaskan tembakan, selang beberapa minit kemudian saya terdengar sayup-sayup satu perkataan chow chow chow menyuruh pengganas lain berundur.

“Waktu itu, saya juga terbayang wajah isteri yang sedang berpantang selepas melahirkan anak keempat di rumah emaknya,” kata Pak Din.

Tindakan nekad berbalas tembakan itu secara tidak langsung mengejutkan pengganas komunis dan memaksa mereka meninggalkan tempat kejadian.

Sebaik berasa yakin komunis masuk semula ke hutan, Pak Din yang mengalami kecederaan menggagahkan diri berjalan kira-kira 100 meter ke arah kereta perisai kedua untuk meminta bantuan. Kereta perisai kedua itu berhenti di belakang selepas mendengar tembakan.

Sebuah helikopter tiba selepas 45 minit daripada kejadian tembakan itu bagi menerbangkan Pak Din dan dua lagi yang cedera ke Hospital Pulau Pinang.

Dia terlantar beberapa hari di hospital bagi mengeluarkan peluru dan sehingga kini masih terdapat sebutir peluru terbenam pada pahanya.

“Saya meminta doktor mengeluarkan peluru ini tetapi mereka memberitahu mengenai risiko yang boleh mengakibatkan saya lumpuh kerana paha merupakan kawasan urat dan pembuluh darah,” katanya.

Menurutnya, sewaktu terlantar di hospital, dia meminta pegawai atasan agar tidak memberitahu isterinya, Fatimah Abd Rahman yang ketika itu berusia 36 tahun bagi mengelakkan kerisauan, namun bahagian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ipoh telah memberitahunya.

Terharu

“Isteri saya yang baru 10 hari berpantang sanggup datang bersama emaknya ke Pulau Pinang dengan menyewa teksi. Dia menangis apabila nampak saya. Saya terharu kerana dia dan keluarga sanggup datang dari jauh semata-mata mahu melawat saya,” kata bapa kepada lima orang anak itu.

Kejadian serangan komunis di Kroh itu mendapat liputan media dan terpampang di beberapa dada akhbar tempatan apabila bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh yang juga Pengarah Gerakan Negeri (MKN) melakukan lawatan ke daerah kecil itu sehari selepas kejadian tersebut.

Pak Din menyertai askar pada Oktober 1960 dan bersara pada Oktober 1984 sebagai Pegawai Waran II di Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Malaya (UM).

“Tidak lama lepas kejadian itu, saya bertugas sebagai jurulatih pegawai kadet Maktab Tentera Sungai Besi dan dua tahun sebelum pencen, saya menjadi jurulatih Pegawai Kadet Palapes UM,” katanya yang kini mempunyai 10 cucu.

Dalam tempoh perkhidmatan selama 24 tahun, dia pernah ditugaskan ke Congo untuk menjalani misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Januari 1962 hingga April 1963.

Selepas pencen, beliau bersama isterinya berpindah ke Teluk Intan dan membina rumah di atas tanah milik keluarganya berhampiran Taman Padang Tembak, Perak. – Bernama

Saturday, 9 July 2016

Kampung bakal pupus 2060

KAMPUNG Abdullah Hukum dan Kampung Kerinci di Kuala Lumpur antara kampung yang telah pupus kerana ditelan arus pembangunan.

KUALA LUMPUR – Kawasan kampung atau luar bandar di negara ini berkemungkinan pupus menjelang tahun 2060 disebabkan masalah kekurangan penduduk berpunca daripada migrasi orang ramai ke bandar.

Pembukaan banyak bandar baharu di seluruh negara turut mempengaruhi senario itu.

Pada mulanya, pada era 1970-an, Jabatan Perangkaan merekodkan jumlah penduduk di kawasan luar bandar mencatatkan peratusan lebih tinggi iaitu 73.1 peratus berbanding hanya 26.9 peratus di bandar.

Namun begitu, disebabkan berlakunya penghijrahan besar-besaran selain wujudnya bandar baharu, angka penduduk yang tinggal di luar bandar semakin mengecil iaitu 25.7 peratus manakala di bandar 74.3 peratus pada akhir tahun 2015.

Menjelang tahun 2020 pula, dianggarkan 25 juta orang daripada 32 juta penduduk memilih untuk menetap di kawasan bandar berbanding hanya 7.3 juta di kawasan kampung.

Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Prof. Zaid Ahmad berkata, penghijrahan besar-besaran di negara ini berlaku melibatkan ‘generasi pertama perantau’ sekitar tahun 1980-an dan 1990-an.

Katanya, golongan itu datang ke bandar untuk melanjutkan pelajaran serta mencari peluang pekerjaan yang sukar diperoleh di kawasan luar bandar. -Kosmo!

Monday, 20 June 2016

FREEMASON: WANG KERTAS, ROTHSCHILD, GOLDSMITH



Sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. 

Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat.

Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing (Freemason). Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi. 

*Presiden Amerika yang menentang FRD telah dibunuh oleh Rothschild.

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat. Antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Banking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. 

Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar. 

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. 

Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. 

Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas. 

Maka berlakulah perdagangan dunia seperti yang dimesyuaratkan.
Pada 1970, Amerika mengumumkan bahawa US dolar tidak lagi disandarkan kepada emas, dalam masa yang sama, mereka menukarkan kadar tukaran emas , dari 35 US dolar untuk 31.1 gram emas kepada 70 US dolar untuk 31.1 gram emas.

Nilai ini ditingkatkan setahun demi setahun. Sehinggalah ianya hampir sampai ke kemuncak, 1400 US dolar untuk 31.1 gram emas.
Sesiapa yang menyimpan 35 US dolar pada 1970, hari ini tidak cukup membeli satu gram emas pun.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.


WANG KERTAS PENIPUAN TERBESAR DALAM SEJARAH MANUSIA 

Ketika emas dan perak menjadi alat tukar-menukar barang atau mata wang, ramai orang Yahudi bekerja sebagai penyimpan emas atau lebih dikenali dengan istilah “goldsmith” (gold adalah emas, dan smith adalah semit atau Yahudi).

Ini kerana di sebagian besar Eropah, orang-orang Yahudi dilarang memiliki tanah yang membuatkan mereka tidak boleh menjadi petani dan penternak lalu menjadikan kerjaya goldsmith sebagai alternatif pekerjaan yang prospektif.

Walaupun kerjaya ini dipandang rendah, orang-orang kaya yang memiliki banyak emas dan perak lebih menyukai menyimpan hartanya di goldsmith kerana jaminan keselamatan yang diberikan. Mereka hanya cukup memberi gaji sejumlah emas tertentu atas kerja penyimpanan yang diberikan goldsmith.

Untuk setiap harta yang disimpan, goldsmith mengeluarkan sekeping kertas atau sijil mengandungi keterangan tentang pemilikan emas dan perak sejumlah tertentu kepada pemilik harta. Setiap kali bila pemilik harta ingin mengambil simpanannya, ia hanya menunjukkan sijil tersebut.

Masa berlalu, semakin tinggi kepercayaan masyarakat pada goldsmith, masyarakat mula menerima kaedah sijil tersebut sebagai alat tukar-menukar barang. Pada saat inilah sijil tersebut menjadi wang kertas dan merupakan wang kertas pertama di dunia.

Masa terus berlalu, semakin banyak emas dan perak yang disimpan di gudang penyimpanan, goldsmith melihat bahawa sebagian besar emas dan perak tersebut tersimpan begitu saja di tempatnya.

Waktu itu, permintaan terhadap wang kertas terlalu tinggi. Terlintas di fikirannya bagaimana kalau sebagian daripada emas dan perak itu dipinjamkan kepada orang yang memerlukan (peminjam), setelah jangka waktu tertentu apabila peminjam mengembalikan semula akan dikenakan bunga (riba).

Kemudian goldsmith pun mula melaksanakan rancangannya dengan meminjamkan sebagian emas dan perak milik pelanggannya kepada peminjam yang memerlukan. Setelah waktu yang ditentukan, emas dan perak yang dipinjam oleh peminjam dikembalikan, goldsmith mendapat keuntungan melalui bunga. Semakin ramai atau semakin banyak goldsmith memberikan pinjaman, semakin besar keuntungan yang didapati.

Seterusnya goldsmith mendapat rancangan yang lain. Mengapa harus memberikan pinjaman berupa emas dan perak? Bukankah wang kertas yang dikeluarkan telah diterima sebagai alat tukar-menukar dan jual beli? Sejak itu, setiap pinjaman yang diberikan, Ia hanya mengeluarkan wang kertas. Dan setelah jangka waktu tertentu, peminjam mengembalikan pinjamannya berupa emas kepada goldsmith berserta dengan bunganya.

Pada saat ini goldsmith telah melihat satu keajaiban yang tidak diduga. Hanya dengan sekeping kertas, dia telah berjaya mendapatkan sebongkah emas.

Waktu itu sebenarnya goldsmith telah melakukan penipuan. Orang menyangka emas dan perak yang dipinjamkan benar-benar milik goldsmith sendiri, padahal sebenarnya ia milik pelanggan yang menyimpan kepadanya. Selain penipuan goldsmith juga melakukan pemerasan (peras ugut) dengan mengenakan bunga atas pinjaman yang dia berikan (inilah prinsip perbankan yang digunapakai hingga ke hari ini).

Belajar dari kejayaan menipu pelanggannya, goldsmith mendapat rancangan lagi. Dengan modal beberapa keping kertas, ia berjaya mendapatkan sejumlah besar emas. 

Maka goldsmith mengeluarkan wang kertas dengan sebanyak-banyaknya untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Keuntungannya hanya dihadkan oleh keupayaannya mencetak wang kertas. Tiada perniagaan sepanjang sejarah umat manusia yang lebih menguntungkan daripada perniagaan yang dijalankan goldsmith. 

Masa terus berlalu, semakin ramai orang yang menjadi peminjam. Mereka rela masuk dan duduk di bangku panjang untuk mendapatkan pinjaman dari goldsmith, waktu itulah “bank” pertama di dunia tercipta. Dalam jangka masa yang pendek, para goldsmith menjadi orang-orang terkaya di dunia.

Para bangsawan dan para raja yang memerlukan dana untuk membiayai tentara, dan gaji pegawainya. Mereka pun tidak dapat mengelakkan diri untuk menjadi mangsa para goldsmith yang kemudian berganti istilah menjadi “banker”. Setiap pinjaman yang bernilai jutaan diberikan kepada individu-individu tersebut, dan begitu juga pulangan keuntungan yang diperolehi banker.

Para banker amat menyukai dengan sifat para raja dan bangsawan yang suka berperang bagi merebut kuasa dan kawasan. Semakin banyak peperangan yang tercetus dan itu bererti semakin banyak pinjaman yang boleh diberikan para banker.

Dalam kebanyakan kes, apabila perdamaian terjadi, para banker telah menjadi dalang politik untuk mencetuskan peperangan.

- Mereka membiayai Oliver Cromwell untuk memberontak kepada Raja Charles di Inggeris.
- Mereka membiayai William Orange merebut tahta raja Inggeris dari Charles II.
- Mereka merancang Revolusi Perancis
- Mereka membiayai petualangan Napoleon
- Mereka juga merancang, kemudian membiayai pihak-pihak yang terlibat dalam Perang - Sivil Amerika, Perang Krim, Perang Dunia I, Perang Dunia II, Perang Dingin, Vietnam, Teluk, dan perang-perang yang lain.

Setelah tamat peperangan, pemimpin dan juga rakyat negara-negara yang terlibat akan menjadi mangsa para banker di atas hutang yang mereka tanggung.

Selain mendapatkan keuntungan hakiki yang tiada tandingan, banker juga mendapatkan keuntungan politik yang besar. Mereka dengan mudah mengangkat seseorang menjadi penguasa, dan mudah juga mereka menjatuhkannya. Semakin besar kekuasaan politik mereka, semakin besar juga keuntungan ekonomi mereka. Politik dan wang, semuanya secara tidak langsung telah dimiliki para banker.

Pada awal abad ke-20 ketika manusia menjumpai minyak bumi, para banker dengan bijaknya telah melihat ia sebagai peluang perniagaan yang besar. Jika manusia boleh dibuat bergantung hidupnya pada minyak, maka keuntungan mereka akan semakin besar, meskipun berbanding keuntungan yang diberikan oleh perniagaan kewangan masih tiada saingan.


STRATEGI ROCKEFELLER SI TAIKUN MINYAK 

Maka mereka membayar Henry Ford (seorang ahli mesin internal combustion yang berbahan bakar minyak) untuk menghasilkan jentera yang menggunakan bahan bakar minyak secara besar-besaran sehingga kos penghasilannya lebih kecil dan boleh dijual dengan harga yang berbaloi. 

Di sisi lain mereka memujuk Thomas Alva Edison untuk menghentikan impiannya menghasilkan jentera menggunakan kuasa bateri (kerana akan mengancam perniagaan baru mereka) dengan tawaran menjadi pengurus syarikat General Electric. Sedangkan untuk urusan pengeluaran minyaknya, mereka memberi kepercayaan kepada Rockefeller.

Perusahaan-perusahaan pengangkutan awam yang menggunakan pengangkutan jenis tenaga listrik seperti keretapi, mereka beli untuk digantikan dengan pengangkutan seperti bas yang menggunakan minyak. Mereka mengarahkan pasukan atau ahli kongsi gelap (mafia), pemerintah yang telah diberi rasuah, dan juga pengaruh melalui media masa untuk menentang pegusaha-pengusaha yang cuba membantah.

Ketika Stanley Meyer, seorang ilmuwan Amerika menemukan alat pengubah air menjadi bahan bakar hidrogen yang murah, beliau ditangkap, kemudian diadili dan terakhir dibunuh.

Sama dengan apa yang telah terjadi terhadap Ezra Pound, sasterawan besar penentang dominasi banker kapitalis dunia. Setelah tidak memiliki alasan untuk menghukum Ezra kerana pemikirannya, Ezra dimasukkan ke hospital sakit jiwa (sasterawan besar yang beberapa muridnya meraih Nobel Sastera dianggap gila?) sehingga mati.

Hal yang sama juga menimpa Joko, penemu (pengasas) blue energy dari Indonesia. Dianggap membahayakan kepentingan para pengusaha perniagaan minyak, beliau diculik, dan dibunuh.

Dan inilah sedikit gambaran keuntungan perniagaan para banker dalam bidang perusahaan minyak. Ketika itu jumlah minyak dunia sekitar 100 juta barrel sehari. Pembiayaan pengeluaran minyak berjumlah $20 per- barrel. Jika harga minyak dunia $50 per-barrel, maka pengusaha minyak mendapat keuntungan $30 per-barrel. 

Bererti keuntungan perusahaan minyak global sehari adalah $30 x 100 juta = $30 ribu juta. Dalam setahun keuntungannya adalah $30 ribu juta x 365 = $1.095 trilion.

Sistem perbankan yang ada pada waktu ini adalah sistem yang sama dengan sistem perbankan goldsmith, dengan kualiti dan kuantiti yang jauh lebih besar. 

Contohnya bank kini tidak perlu lagi mengeluarkan wang kertas atau sijil untuk memberikan pinjaman. Cukup dengan menekan papan kekunci di komputer maka wang sudah diberikan. Kemudian, para peminjam harus membayar dengan darah dan keringat atas azab yang diberikan banker. Jika gagal membayar, harta bendanya disita dan istilah “bankrupt” atau “muflis” diberikan sebagaimana dialami jutawan sub-prime mortgage di Amerika di tahun 2009 lalu.

Para banker dunia ketika ini adalah keturunan para goldsmith zaman dahulu. Sebahagian besar bank di dunia, termasuk di Malaysia, adalah milik para banker dunia itu (Pemilik Saham).

Para banker mula bosan dengan wang kertas yang tersimpan di gudang mereka setelah emas dan perak dunia kering digali lalu disimpan ke dalam “bunker” (sebuah stor besar di bawah tanah) mereka, kecuali sebagian kecil yang dipakai masyarakat sebagai perhiasan. 

Mereka ingin pembayaran seperti harta benda, tanah, emas dan perak, aset-aset perusahaan dan sebagainya. Maka mereka menghentikan pengeluaran wang kertas dan menarik semula yang telah diedar. Istilah “tight money” digelarnya. 

Dunia mengalami krisis kewangan yang merebak ke seluruh sektor ekonomi. Perusahaan-perusahaan bankrupt, peminjam-peminjam tidak dapat membayar hutangnya, saham-saham perusahaan jatuh.

Waktu itulah para banker menjalankan rancangannya memborong perusahaan-perusahaan yang bankrupt, saham-saham perusahaan yang jatuh, dan menyita harta benda peminjam yang gagal membuat pembayaran. Dalam waktu yang singkat, telah terjadi pemindahan kekayaan besar-besaran dari masyarakat ke dalam bunker banker. 

Dan dalam situasi itu, mereka bersembunyi di balik bayangan IMF dan Bank Dunia, datang menawarkan bantuan yang sebenarnya berupa pinjaman berbunga yang berlipat kali ganda untuk membuatkan manusia semakin jatuh dalam cengkaman kekuasaan mereka.

Hal inilah yang terjadi pada fenomena Depresi Besar tahun 1930-an, Krisis Moneter dan Krisis Finansial Global tahun 1997. Bahkan waktu itu Amerika syarikat pun tidak terlepas dari tipu daya segelintir orang-orang tersebut. Amerika Syarikat diambang inflasi. Dengan hutangnya yang mencapai $ 14,3 trilion dollar. 

Persetujuan Kongres tentang kenaikan hutang menjadi punca yang menyelamatkan Amerika Syarikat dari gagal bayar (default), namun ia tidak mendapat sambutan positif di seluruh pasar bursa saham. Nilai perdagangan di bursa saham, semuanya jatuh, dan merebak ke seluruh dunia.

Malaysia juga tidak terkecuali, masih ingatkah anda pada tahun 1997 negara kita menghadapi inflasi dan krisis ekonomi? Persoalannya, dengan cara apakah Malaysia menangani isu ini? Pada tahun yang sama, wujudnya pertelingkahan di dalam negara sehingga tercetusnya reformasi. Apakah yang sebenarnya terjadi? Adakah mempunyai rahsia disebalik kejadian itu?

Tahukah anda di setiap negara mempunyai satu bank negara? Setiap bank negara harus mempunyai penyimpanan emas untuk digunakan dalam proses perdagangan antara negara luar dan membayar percetakan wang kertas. Pada tahun 1981, negara kita masih mempunyai beratus-ratus tan emas. Sehinggalah pada tahun 2010, emas negara telah berkurangan sehingga tinggal berpuluh-puluh tan sahaja. Apakah yang akan terjadi sekiranya emas di bank negara kita telah habis? 

Tahukah anda ekonomi dunia dikawal oleh orang yahudi (goldsmith)? Bila-bila masa nilai matawang kita boleh dijatuhkannya. Tahukah anda yang negara kita telah berhutang? 

Berapakah jumlahnya? Dunia sebenarnya tidak pernah aman dari dahulu sehinggalah sekarang. Sedar atau tidak, kita sebenarnya hidup dalam dunia yang sedang berperang, peperangan dari bentuk fizikal ataupun mental (psikologi). Bagaimana hendak menentang anasir-anasir jahat jika ekonomi negara, dan diri sendiri masih belum stabil?

BAGAIMANA BANK MENCIPTA WANG KERTAS

Fractional Reserve System (FRS) ciptaan Rothschild adalah sistem dimana bank di seluruh dunia mencipta duit. Duit kita bukan lagi disandarkan dengan 'simpanan emas - gold standard' bermula dari tahun 1971 lagi (Bretton Woods), duit kita hari ini tak kira lah duit fizikal atau duit elektronik tidak disandarkan dengan apa-apa lagi. Ianya di panggil duit fiat - duit yang dihasilkan atas persetujuan kuasa-kuasa tertentu. 

Semakin banyak duit dicetak, semakin jatuh nilai duit tersebut. Semakin jatuh nilai duit berkadaran langsung dengan peningkatan inflasi. Semakin tinggi inflasi, semakin tinggi harga barang dan service dan ini menyebabkan kita makin miskin dan miskin. 

Secara dasarnya kita kena tahu dari mana duit dicipta dan kita harus bersama hapuskan sistem ini. Apa yang nak diterangkan ini, tidak diajar disekolah dan di universiti, bahkan orang-orang besar bank pon kebanyakkan tak tahu sistem ini. Mereka ibarat kerbau dicucuk hidung. Sebab tu orang bank banyak tipu awak semua, sebab dia pon hidup ditipu.


Cuba imagine, di Malaysia ini ada satu bank sahaja untuk memudahkan penyampaian. Dan bank tersebut kita gambarkan seperti di gambar diatas. Ikut turutan nombor yang disediakan;

(1). Carl ada RM1000 hasil berniaga dan simpan duit tersebut ke dalam bank dan dalam buku akaun dia tertulis Carl dah deposit RM1000 ke dalam bank. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM100) duit Carl di dalam reserve bank dan 90% (RM900) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.

(2), (3) & (4). Belle membuat personal loan dari bank sebanyak RM900. Duit yang Belle pinjam itu terus bank masukkan ke dalam akaun Belle secara elektronik dan dalam buku akaun dia tertulis Belle mempunyai deposit sebanyak RM900. Melalui sistem FRS, bank akan simpan 10% (RM90) duit Belle di dalam reserve bank dan 90% (RM810) lagi bank akan memberi loan kepada orang yang memerlukan.

(5), (6) & (7). Apa yang berlaku kepada Belle, sama berlaku kepada John and Steve. Sehingga (8) pihak bank memutuskan untuk tidak teruskan lagi memberi pinjaman kepada orang seterusnya (memudahkan cerita).

(9). Jika diperhatikan dengan teliti di dalam kotak hitam (Reserve Bank), bank hanya mempunyai duit sebanyak RM1000 sahaja (RM100 + RM90 + RM81 + RM729) seperti jumlah asal yang Carl masukkan ke dalam bank. 

Tetapi jika dikira melalui buku akaun peminjam dan termasuk Carl, duit mereka secara total adalah sebanyak RM3439! (RM1000 + RM900 + RM810 + RM729). 

Bank berjaya membuat duit dari RM1000 menjadi RM3439 secara digital tanpa anda sedar. Begini lah caranya bank membuat duit melalui simpanan dan pinjaman anda.
(10). Itu kalau kita stop sampai Steve sahaja. Kalau kita teruskan lagi dengan bank memberi pinjaman demi pinjaman, melalui (FRS - 10%) ini, pihak bank mampu membuat dari deposit sebanyak RM1000 menjadi RM9,999. Dan lebih dasyat lagi RM1,000,000 menjadi RM9,999,999!

Disebabkan ini lah punca sebenar kenapa nilai duit kita makin jatuh hari demi hari. Semakin banyak duit dipasaran, semakin jatuh nilai duit. Barang menjadi semakin mahal. Yes bank itu institusi paling kejam di dunia, tapi jauh lebih kejam kalau anda sendiri yang menyokong sistem ini. 

Anda menyimpan ke dalam bank dan membuat loan dengan bank. Penggunakan kad kredit dan kad debit adalah penyumbang terbesar kepada sistem ini. 

Tanpa anda, sistem ini pasti akan musnah. Kalau tak percaya, apa kata kita semua rakyat Malaysia keluarkan duit dari bank-bank di Malaysia. Hanya 10% sahaja orang yang akan dapat duit mereka disebabkan bank memang tiada duit, mereka hanya cipta duit secara maya sahaja melalui digit-digit dalam buku akaun dan akaun online anda.

Kalau nak simpan duit, tukarkan duit tersebut kepada komoditi seperti emas atau perak. Kerana barangan komoditi ini tidak akan hilang nilai. Semakin jatuh nilai duit, semakin tinggi harga komoditi. Kena jadi bijak dan percaya kepada Allah.

Jatuhkan institusi kewangan ini dan naikkan institusi kewangan Islam. Ingat, zaman kegemilangan Islam tiada bank. Percaya, Allah sentiasa bersama kita. 

Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يَنْفَعُ فِيهِ إِلَّا الدِّينَارُ وَالدِّرْهَمُ

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) (untuk digunakan).” (Diriwayatkan dalam Musnad Ahmad karya Ahmad Ibn Hanbal)


Wednesday, 8 June 2016

Aragvi imbau kenangan Kesatuan Soviet

SEORANG cef di restoran Aragvi menunjukkan cara pembuatan hidangan khinkali.
TEMPAT makan popular dalam kalangan perisik Komitet Gosudarstvennoy Bezopasnosti (KGB) dan angkasawan Rusia iaitu restoran Aragvi di Moscow telah dibuka semula, sekali gus mengimbau kembali zaman kegemilangan Kesatuan Soviet.

Restoran mewah yang mula beroperasi pada 1938 di Jalan Tverskaya itu dibaik pulih dengan kos berjumlah AS$20 juta (RM83 juta).

Asalnya, restoran itu dibuka atas inisiatif ketua keselamatan terkenal sewaktu pemerintahan Joseph Stalin, Lavrenti Beria untuk kegunaan para pegawai daripada agensi KGB iaitu ejen perisik Kesatuan Soviet.

Ia bertambah popular menjelang 1960-an ketika era pemerintahan pegawai Nikita Khrushchev yang mengurangkan penindasan terhadap masyarakat. Ketika ini, Aragvi cukup popular dalam kalangan artis.

Walaupun harga makanan di Aragvi mahal dan hanya boleh diakses oleh golongan elit, ia tetap diabadikan dalam kesusasteraan Kesatuan Soviet dan filem.

Malah, para pelanggan juga perlu membayar satu persepuluh daripada gaji bulanan mereka untuk memperoleh keistimewaan makan bersama artis, angkasawan, pembuat filem dan juara catur.

“Menceritakan kemasyhuran ayam Agravi yang dipanggang dengan kacang dan bawang putih seumpama seseorang itu menjadi ahli kumpulan elit dalam Kesatuan Soviet. Ia sangat sedap,” ujar bekas anggota KGB, Nelli Maxiova, 83.

Pada 1943, penyair terkenal, Sergey Mikhalkov turut memberi penghormatan kepada Aragvi kerana berjaya memberi ilham kepadanya menulis lagu kebangsaan Kesatuan Soviet yang baharu.

Begitupun, menjelang 1991 iaitu selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, restoran itu telah diswastakan dan bertukar tangan beberapa kali.

Situasi itu telah menghilangkan ciri-ciri asal yang ada pada Aragvi sebelum ia ditutup pada 2003.

Bagi pemilih baharu, Kumpulan Tashir dan Gor Nakhapetyan yang mengeluarkan dana bagi memulihkan restoran itu berhasrat untuk mengembalikan zaman kegemilangan salah satu legenda Kesatuan Soviet.

ARAGVI masih mengekalkan imej restoran mewah
seperti pada peringkat awal penubuhannya.
“Sudah tentu kami mahu menghidupkan semula nostalgia pada zaman dahulu,” ujar Nakhapetyan yang membesar di bekas negara jajahan Kesatuan Soviet, Armenia.

Antara menu baharu yang diperkenalkan di restoran itu ialah hidangan klasik Georgia seperti khinkali iaitu pau yang berisi daging, khcahapuri (roti dengan keju di atasnya) dan sajian lain misalnya borscht dan black sea herring pate.

Menu popular

Salah satu menu Georgia popular di Aragvi ialah hearty georgian iaitu sup yang diperbuat daripada daging kambing dan walnut.

Malah, nama restoran itu turut diambil sempena sungai di Georgia di sebelah sebuah hotel yang pernah diduduki oleh Leo Tolstoy dan Anton Chekhov.

Bilik makan utama di restoran itu turut dicat dengan warna Kesatuan Soviet berserta imej bekas jagung, traktor dan pekerja ladang. Bilik itu juga pernah digunakan oleh Lavrentiy Beria.

Sewaktu era Stalin, restoran itu terkenal dengan menu satsivi atau ayam sejuk dalam sos kacang yang dihidangkan dalam gerabak kereta api khas dari Tbilisi.

Menurut pengacara televisyen dan penulis buku berkaitan Kesatuan Soviet, Leonid Parfyonov, sewaktu pemerintahan Stalin, makanan Georgia sering dihidangkan di Kremlin dan menjadi hidangan popular dalam kalangan anggota Kesatuan Soviet.

“Walaupun selepas kematian Stalin, makanan tradisi Georgia seperti berempah dan wain masih kekal dan Aragvi merupakan simbol kepada gaya mewah Soviet,” ujar Parfyonov.

Namun, Aragvi juga menjadi tempat kepada agenda jahat Kesatuan Soviet. Ia telah dijadikan bilik melepak kepada pegawai KGB sambil merekrut ejen baharu. Setiap bilik makanan di restoran itu turut dipasang mikrofon tersembunyi.

“Bagi KGB, Aragvi sentiasa menjadi tempat pilihan merekrut ejen dan parti perpisahan bagi ejen-ejen yang akan dihantar ke luar negara,” ujar bekas ketua KGB ketika menentang Britain, Mikhail Lyubimov.

Dia juga masih mengingati peristiwa sewaktu bos KGB menghantarnya ke Aragvi secara tidak formal untuk bertemu dua ejen baharu dalam jabatan itu sekitar 1960.

“Pernah satu ketika, kami semua sedang minum dan salah seorang daripada pegawai telah menjemput seorang wanita cantik untuk menari.

“Tanpa kami sedari, wanita itu adalah seorang perisik Amerika Syarikat yang diekori oleh KGB,” katanya.

Selepas restoran itu dibuka semula, buku tetamu penuh dengan mesej nostalgia: “Bawa balik resipi lama dan perapan daging sama seperti yang pernah anda buat.”

Hidangan utama di Aragvi adalah sekitar AS$12.50 (RM52) hingga AS$27 (RM112) dan ia tidak jauh bezanya dengan harga-harga hidangan di restoran Barat lain. – AFP

Friday, 3 June 2016

Bumi yang ditelan lumpur

ARCA manusia dibina di kawasan aliran lumpur bagi memperingati penduduk yang terkorban.
Sepuluh tahun lalu, kehidupan penduduk di beberapa perkampungan miskin di daerah Sidoarjo di Jawa Timur, Indonesia berubah sekelip mata apabila kampung mereka dilanda banjir lumpur.

Lumpur yang keluar tiba-tiba dari bumi bukan sahaja memusnahkan kediaman tetapi turut menghancurkan kehidupan penduduk.

SEBUAH telaga yang musnah
akibat banjir lumpur.
Aliran lumpur tebal itu menyebabkan lebih 40,000 penduduk kehilangan tempat tinggal dan lebih 12 orang terkorban.

Lumpur itu mula keluar dua hari selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda wilayah berkenaan pada 27 Mei 2006.

Selepas 10 tahun, lumpur itu masih mengalir malah tidak menunjukkan tanda akan berhenti.

Arca manusia yang separuh tenggelam dalam lumpur didirikan bagi memperingati mangsa yang maut dalam tragedi itu.

Biarpun pampasan diberikan oleh syarikat gas dan minyak Indonesia, PT Lapindo Brantas yang dianggap antara punca bencana itu, tetapi ia lambat diterima oleh mereka yang terjejas.

Kini penduduk meneruskan kehidupan dengan meraih sedikit pendapatan apabila kawasan bencana berkenaan menjadi lokasi tarikan pelancongan yang popular. -myMetro

KEADAAN di sebahagian daerah Sidoarjo yang musnah.

Monday, 30 May 2016

Kisah Dato' Khalid Yunus dan Datuk Seri Samy Vellu "menawan" Kedutaan Indonesia

KHALID Yunus dan Samy Vellu menaikkan bendera Malaysia di Kedutaan Indonesia dan menurunkan lambang Pancasila.
SEKALIPUN Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman menyedari perasaan marah rakyat Malaysia sedang memuncak terhadap Presiden Sukarno yang melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia, tetapi apabila sekumpulan pemuda yang menunjuk perasaan pada 17 September 1963 di Kuala Lumpur meminta supaya beliau memijak simbol Pancasila negara Indonesia, Tunku enggan berbuat demikian.

Simbol itu telah diturunkan dari bangunan Kedutaan Indonesia di Jalan Ampang dan diheret dengan skuter dan motosikal ke kediaman Perdana Menteri di Jalan Dato Onn.

Khalid Yunus pemberita Utusan Melayu yang dihantar untuk meliputi tunjuk perasaan itu telah bertukar menjadi penunjuk perasaan yang menurunkan simbol itu dari anjung bangunan kedutaan.

Menurut Khalid apabila sampai di kediaman Tunku, mereka telah memanggil Tunku keluar dan kemudian mengusung Tunku dan menyuruh Tunku, "pijak! pijak! pijak!" simbol yang dibawa oleh mereka itu tetapi apabila Tunku enggan, mereka meletakkan Tunku di atasnya. Tunku berkata "awatlah hampa buat aku macam ni".

Khalid nampak air mata Tunku tergenang tetapi tidak tahu sebabnya sama ada kerana terpaksa melakukan sesuatu yang bertentangan dengan jiwanya atau kerana terharu dengan sikap mereka.

Datuk Seri Samy Vellu
Dato' Khalid Yunus

Sebagai Ketua Pemberita pada masa itu saya telah menugaskan Khalid untuk meliputi suatu perhimpunan yang dirancang secara kilat bagi membalas tindakan pemuda-pemuda Indonesia di Medan menunjuk perasaan dan menawan Konsul Malaysia di Medan.

Saya yang turut hadir di perhimpunan itu akhirnya terpaksa mengambil alih tugas Khalid membuat liputan dan menulis berita mengenainya kerana beliau tidak lagi menjalankan tugasnya sebaliknya berada di barisan depan pemuda-pemuda yang berarak dari suatu perhimpunan ramai yang bermula dari Padang Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru.

Perhimpunan itu telah mendengar ucapan-ucapan penuh bersemangat dan berapi-api mengecam konfrontasi. Di antara pemidatonya ialah Ketua Pengarang Utusan Melayu, Melan Abdullah yang muncul sebagai Ketua Barisan Bertindak Rakyat Malaysia yang ditubuhkan secara kilat untuk melancarkan perang saraf ke seluruh negara bagi memerangi konfrontasi Indonesia.

Perarakan ke Jalan Ampang itu membawa sepanduk anti Parti Komunis Indonesia (PKI) dan mengecam Menteri Luar Indonesia Subandrio dan Presiden Sukarno. Salah satu sepanduk itu berbunyi "Sukarno kuda tunggangan Aidit."

Perisytiharan

Tunjuk perasaan itu berlaku menjelang perisytiharan penubuhan Malaysia pada petangnya tanpa mempedulikan bantahan Indonesia yang menganggapnya sebagai gagasan penjajah. Pada hari itu juga hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia diputuskan.

Dalam perisytiharan penubuhan Malaysia itu Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman memberitahu perhimpunan lebih 20,000 orang di Stadium Merdeka.

''Kami bersedia untuk mengawal dan mempertahankan negara kami daripada serangan musuh dengan apa juga kuasa yang ada pada kami dan juga dengan nyawa kami" (lihat Looking Back )

Dalam perang saraf menentang Indonesia, Malaysia menumpukan serangan kepada PKI yang dipimpin oleh D.N. Aidit dan juga Subandrio. Sukarno lebih dilihat sebagai telah dipergunakan oleh PKI.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Tan Sri Ghazali Shafie telah mendapat maklumat dari berbagai sumber, tentang Sukarno tidak lagi dapat menolak kekuatan PKI. Antaranya ialah dari Duta Indonesia di Singapura, Sugiharto yang merupakan orang Sukarno.

Ghazali telah bertanya kepada Sugiharto kenapa Presiden Sukarno nampak bimbang dengan beberapa pihak yang dijemput untuk menyertai persidangan puncak antaranya dengan Tunku Abdul Rahman di Tokyo pada Jun 1963. Sugiharto memberitahu Ghazali bahawa PKI adalah sangat tidak senang dengan rancangan pertemuan ini. (Lihat buku Ghazali Shafie terbitan UKM: Memoir on The Formation of Malaysia)

Ini, kata Ghazali menghairankan kerana selalunya Sukarno bercakap besar mendakwa beliau dapat mengawal PKI dan juga PKI tidak boleh mempengaruhinya, malah ini dipercayai oleh Amerika. Sugiharto memberitahu itu "hanyalah gendang kosong" dan beliau meminta Malaysia tidak menjadikan ini sebagai propaganda. Ghazali segera sedar bahawa Sugiharto adalah president's man yang anti komunis.

Perkara ini lebih jelas lagi dalam buku Leftenan Jeneral Kemal Idirs "Bertarung dalam Revolusi. Beliau yang tidak bersetuju dengan Sukarno telah ditugaskan dalam masa konfrontasi untuk menyusun gerakan menyerang Malaysia dari Sumatera.

Mencerminkan

Di muka 191 buku ini, Kemal menulis, ''Perubahan politik Bung Karno mencerminkan suasana yang makin keruh. Semula dia beranggapan dengan karisma dan kepimpinannya dia dapat menguasai PKI. Ini meniupkan angin sejuk bagi mereka yang bergerak di tengah PKI dengan politik Nasakom (Gagasan Sukarno untuk menyatukan nasionalis, agama dan komunis).

''PKI tidak mensia-siakan kesempatan itu. Mereka duduk di pundak Bung Karno, secara cerdik mempergunakan kesempatan untuk kepentingan mereka sekali gus memupuk kekuatan di tengah masyarakat. Pada tahun 1965, pada perayaan hari ulang tahun PKI, suasana di tiap kota berubah bagaikan lautan komunis. Bendera merah bergambar pada palu arit berkibar di depan rumah anggota mahupun simpatisannya sepanjang hari baik di kota mahupun di desa.

''Bung Karno selalu merasa mampu mengatasi PKI kerana menganggap mereka adalah Komunis Nasional. Apakah Bung Karno tidak mengetahui hubungan PKI dengan China Komunis itu sangat erat? Bahkan pola PKI adalah juga pola China Komunis yang sudah beralih dari Rusia," kata Kemal.

Sebenarnya punca ketakutan di pihak tentera dan nasionalis Indonesia itu yang anti komunis adalah juga merupakan ketakutan yang pada Tunku Abdul Rahman. Tunku takut kepada komunis kerana komunis di Malaysia adalah sebahagian besar orang Cina.

Tunku telah pun memberitahu Sukarno ketika beliau menemuinya sebagai Ketua Menteri Malaya dalam tahun 1956 bahawa orang Melayu di negara kecil Malaya melihat Indonesia sebagai negara yang dapat memberikan pimpinan dan bantuan sekalipun telah merdeka dan berdaulat (Lihat Looking Back).

Tunku tentu mempunyai banyak sebab untuk tidak mahu memijak simbol negara Indonesia. Di antaranya ialah kerana sikap beliau yang sederhana yang selalu tergambar dalam pendekatan politiknya dan juga dalam sikap hidupnya.
Khalid Yunus yang mencatat sejarah sebagai orang yang berada di barisan depan dalam tunjuk perasaan yang pertama di negara ini terhadap Indonesia telah meninggalkan bidang kewartawanan di usia mudanya. Beliau menyertai politik.

Beliau antara lain pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Pertanian Tan Sri Samad Idris, Setiausaha Parlimen dan juga Timbalan Menteri Penerangan.

Sejak persaraannya dari politik, Khalid aktif dalam bidang kesukanan. Beliau sekarang menjadi Presiden Persatuan Kembara Malaysia. Jika dalam usia mudanya beliau memanjat dan memacakkan bendera Malaysia di bangunan Kedutaan Indonesia, di dalam usianya yang menjangkau 70-an beliau telah mendaki beberapa gunung di dalam dan di luar negara dan memacak bendera Malaysia di mana beliau sampai.

Di antara gunung yang telah didakinya ialah di gunung tertinggi di Perancis Mont Blanc, gunung tertinggi di benua Amerika Selatan Gunung Acongcagoa Argentina, gunung tertinggi di Afrika, Kilimanjaro Tanzania, Gunung Kerinci di Indonesia dan Gunung Everest. Sekalipun beliau tidak sampai ke puncaknya tetapi setakat mana beliau sampai di sana beliau memacakkan bendera negara. -Utusan

BERDEPAN dengan cuaca ekstrem di bawah paras beku antara pengalaman yang pernah dilalui Khalid ketika misi menawan puncak Everest satu ketika dahulu.