Saturday, 2 July 2016

Penyakit mental kedua tertinggi di Malaysia pada 2020


Kangar: Penyakit mental dijangka menjadi kedua tertinggi dihidapi rakyat Malaysia selepas penyakit jantung pada 2020, kata Ketua Jabatan Pakar Psikiatri Hospital Tuanku Fauziah di sini, Dr Ruzita Jamaluddin.

Beliau berkata laporan statistik mengenai penyakit itu sangat membimbangkan kerana pada 2008, kira-kira 400,227 pesakit di Malaysia mendapatkan bantuan psikiatri di hospital kerajaan.

"Malah jumlah itu terus meningkat di mana sebanyak 2,000 kes baharu schizophrenia dilaporkan setiap tahun. Lebih membimbangkan jumlah ini berkemungkinan tidak menggambarkan bilangan sebenar.

"Masalah ini bertambah rumit apabila kurangnya pengetahuan berkaitan bahaya penyakit ini dalam kalangan masyarakat menyebabkan ramai memilih tidak mendapatkan rawatan atau hanya merawat secara tradisional," katanya.

Dr Ruzita berkata demikian ketika ceramah bertajuk ‘Menangani Stigma Penyakit Mental’ pada Seminar Kesedaran Minda Sihat Kepada Ketua-ketua Jabatan UniMAP di Kampus Induk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra, di sini hari ini.

Menurutnya, masalah kemurungan dipercayai menjadi punca utama kepada penyakit mental dan kebelakangan ini, media melaporkan banyak kes bunuh diri, mencederakan diri atau orang lain.

“Kemurungan kronik yang antaranya disebabkan tekanan hidup boleh menyebabkan pesakit mengalami halusinasi dan keinginan mencedera atau membunuh diri, sekiranya tidak dirawat segera," katanya.

“Jangan sisihkan kerana mereka ini sakit tetapi bantu mereka mencari diri dengan bantuan rawatan dan pengambilan ubat bersesuaian. Tindakan menyisih memburukkan lagi keadaan pesakit.

“Penyakit ini mengambil masa beberapa bulan sehingga tiga tahun untuk menunjukkan perubahan dari segi pemikiran, emosi dan tingkah laku pesakit,” katanya. -Bernama

Iceland’s capital declares boycott of all Israeli goods

A view of Reykjavik, Iceland's capital.

Israel’s Foreign Ministry rails at Reykjavik’s ‘volcano of hatred’; city council says move an act of solidarity with Palestinians 

Iceland’s capital’s city council voted Tuesday in favor of boycotting all Israeli-made products.

The Reykjavik municipality passed the motion, which approved a boycott of Israeli goods “as long as the occupation of Palestinian territories continues,” Iceland Magazine reported.

Council members said the boycott was a symbolic act demonstrating the Icelandic capital’s support for Palestinian statehood and condemnation of Israel’s “policy of apartheid.”

Israel’s Foreign Ministry condemned the move, and, in an apparent reference to Iceland’s status as a hotbed of volcanic activity, said “a volcano of hatred spews forth from the Reykjavik city council building.

“For no reason or justification, except hatred for its own sake, calls of boycotting the state of Israel are heard,” the Foreign Ministry said in a statement. “We hope someone in Iceland will come to their senses and end the one-sided blindness fielded against Israel, the only democracy in the Middle East.”

One local attorney may step up to the task, the Icelandic news site, visir.is reported. Einar Gautur Steingrímsson claimed that the motion violates the Icelandic constitution.

“This is as illegal as refusing to do business with red haired people and it makes no difference whether they justify their decision with references to some alleged actions by the Israelis,” he told the website. -Iceland Magazine

Yes, WE(Believers Weapons) ALSO BOYCOTT ZIONIST! It is because they are apartheid proponent. Full stop.

Iceland Euro 2016 Squad



Friday, 1 July 2016

Tiada lorong tambah nilai mulai esok


KUALA LUMPUR - Lorong tambah nilai kad PlusMiles dan Touch 'n Go di Lebuh Raya Utara-Selatan tidak akan beroperasi mulai esok dan sepanjang cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

Pengurus Wilayah Tengah Plus Malaysia Berhad, Yusuf Abdul Aziz berkata, ini merupakan antara langkah untuk mengelak kesesakan di plaza tol Plus.  

"Bagaimanapun pusat khidmat pelanggan kami di beberapa plaza tol akan beroperasi seawal 7 pagi sehingga 10 malam setiap hari bagi kemudahan pengguna membuat urusan tambah nilai.

"Pihak Plus ingin menasihatkan pengguna untuk menambah nilai sebelum memulakan perjalanan dan ini boleh dilakukan di banyak tempat termasuk di stesen minyak, ATM dan pelbagai lagi," katanya ketika dihubungi Bernama.

Ekoran jangkaan pertambahan 1.6 juta kenderaan di Lebuh Raya Plus  pada musim perayaan ini, beberapa kawasan dijangka mengalami kesesakan lebih daripada biasa.

Yusuf berkata, antara kawasan yang dijangka sesak di sebelah utara ialah dari Slim River sehingga Kuala Kangsar, manakala bagi laluan ke selatan dari Pedas Linggi sehingga Melaka.

Kesesakan berikutan laluan trafik dari empat atau tiga lorong terpaksa berhimpit untuk melalui dua lorong, selain perlu melalui kawasan mendaki, katanya.

"Bagi menyuraikan kesesakan trafik, Plus bersedia membuka laluan kontra di kawasan berkenaan. Namun jika kesesakan amat teruk, kita akan minta pengguna lebuh raya menggunakan laluan alternatif.

"Dimohon para pengguna mematuhi arahan semasa Plus dan pihak polis yang akan membantu mengawal selia trafik," katanya.

Yusuf turut mengingatkan pengguna lebuh raya agar tidak menyalahgunakan lorong kecemasan atau akan berdepan tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

"Perbuatan ini hanya akan mengganggu pengguna lain terutamanya pasukan operasi menyelamat apabila berlaku kecemasan," katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh menghubungi talian Plusline 1-800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik, bantuan PlusRonda dan informasi lain. - Bernama

Tarikh lihat anak bulan Syawal 4 Julai

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ditetapkan pada petang Isnin, 4 Julai bersamaan 29 Ramadan 1437 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, hari ini. 

Menurutnya, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). 

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa melalui radio dan televisyen," menurut kenyataan itu. 

Menurut kenyataan itu, anak bulan Syawal akan dilihat di 29 lokasi di seluruh negara iaitu: 

JOHOR: Pontian Kecil

MELAKA: Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Tanjung Bidara)

NEGERI SEMBILAN: Telok Kemang (Port Dickson)

SELANGOR: Bukit Melawati (Kuala Selangor), Bukit Jugra (Banting), Balai Cerap Selangor (Sabak Bernam)

PERAK: Pantai Pasir Panjang (Manjung) 

PULAU PINANG: Pusat Falak Sheikh (Pantai Acheh) 

KEDAH: Kampung Pulau Sayak (Kuala Muda), Pemandangan Indah (Pulau Langkawi), Menara Alor Setar 

TERENGGANU: Bukit Besar (Kuala Terengganu), Bukit Geliga (Kemaman), Pulau Perhentian (Besut), Balai Cerap KUSZA (Setiu) 

KELANTAN: Bukit Peraksi (Pasir Puteh), Bukit Kampung Tembeling (Kuala Krai), Menara Bangunan SEDC (Kota Baharu) 

SARAWAK: Tanjong Lubang (Miri), Teluk Bandung & Tanjung Batu (Kuching) 
SABAH: Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil (Putatan) 

PAHANG: Bukit Tanjong Batu (Nenasi), Gunung Brinchang (Cameron Highlands), Bukit Pelindong (Kuantan) 

LABUAN: Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah 

KUALA LUMPUR: Menara Kuala Lumpur 

PUTRAJAYA: Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya PERLIS: Kuala Sungai Baru (Simpang Empat). - BERNAMA

Model badan besar peroleh pendapatan lumayan

SEORANG rakan mengukur pinggul Bobbi-Jo.
Harrisburg (Amerika Syarikat): Seorang wanita yang mempunyai berat mencecah 198 kilogram mampu memperoleh pendapatan lumayan dengan menjadi model dan menari di Internet.

Bobbi-Jo Westley, 43, yang berasal dari Pennsylvania popular di Internet dan mempunyai ramai peminat dari seluruh dunia.

Katanya, antara aset yang paling menjadi pujaan peminat adalah pinggulnya yang mempunyai ukuran lilit mencecah 2.43 meter.

“Saya yakin dengan tubuh saya dan mahu menunjukkannya kepada dunia.

“Ramai peminat kagum dengan bentuk pinggul saya dan mereka sanggup membayar untuk melihat saya menari sambil menggoyangkan badan,” katanya.